Monday 23 June 2014

keletihan dan kelesuan

1. Tidak cukup tidur

Nampak jelas bukan? Anda mungkin tidak mendapat tidur yang cukup dan ini boleh mengganggu fokus dan kesihatan anda. Setiap malam anda disarankan tidur sekurang-kurangnya 7 hingga 8 jam setiap malam.
Jadikan tidur anda satu prioriti dan tetapkan jadual tidur. Tutup laptop. Jangan buka facebook, matikan segala gajet anda. Jangan minum kopi pada waktu malam. Tutup lampu ketika tidur.

Masih menjadi masalah? Dapatkan nasihat doktor.

2. Tidur Apnea (Sleep Apnea)

Kadang-kadang anda fikir anda sudah mendapatkan tidur yang cukup tetapi masalah apnea ini pula yang mengganggu. Apnea ini adalah disebabkan saluran pernafasan anda tersekat ketika tidur. Menyebabkan anda berdengkur dan kemudiannya tidak bernafas. Selepas itu secara tiba-tiba anda terbangun sesak nafas. Setiap gangguan mengejutkan anda dari tidur tapi anda mungkin tidak sedar. Hasilnya, anda tidak dapat tidur yang berkualiti dan prestasi anda di siang hari merudum.

Biasanya dihidapi orang yang obese. Turunkan berat badan anda dan jangan merokok. Kedua-dua ini berpotensi anda mendapat apnea.

3. Tidak cukup tenaga

Makan terlalu sedikit, diet yang keterlaluan juga akan menyebabkan anda lemah. Diet yang seimbang membantu anda untuk mengekalkan tenaga dan juga paras glukosa dalam darah. Apabila paras glukosa dalam darah menjadi rendah, anda akan menjadi lemah dan boleh menyebabkan pitam.

Mesti, mesti dan mesti sarapan pagi! Ambil sarapan yang simple seperti beberapa keping roti atau telur separuh masak. Supaya tenaga anda dapat dibekalkan di waktu pagi. Waktu pagilah anda memerlukan tenaga yang berterusan untuk melakukan kerja. Untuk fokus pun anda memerlukan tenaga juga.

4. Kurang darah merah (anemia)

Dikalangan perempuan anemia merupakan penyebab utama mereka sering berasa lemah. Ini kerana mereka akan kehilangan darah ketika datang haid. Biasanya tahap besi (iron) dalam darah akan berkurang dan meletakkan mereka dalam keadaan berisiko. Sel darah merah sangat penting untuk membawa oksigen keseluruh organ. Lemah, sesak nafas, sering berdebar-debar, adalah simptom anemia. Pergi berjumpa doktor sekiranya anda mempunyai simptom-simptom tersebut.

Sekiranya disebabkan kurang besi dalam darah, dapatkan iron supplement di klinik-klinik atau makan-makanan yang mempunyai kandungan iron yang tinggi seperti daging merah, dan juga kekacang.

5. Tekanan Emosi

Setiap orang pernah mengalami tekanan. Tekanan emosi anda mungkin melihat sekadar memberi kesan kepada emosi sahaja, tetapi ia juga memberi kesan kepada fizikal juga. Lemah, sakit kepala, hilang selera makan adalah simptom yang sering berlaku akibat tekanan emosi.

Lakukan perkara-perkara yang mengurangkan stress seperti bersukan, bermunajat kepada tuhan atau bermeditasi. Jika tidak berkesan sebaiknya anda mendapat nasihat psikiatri. Psikiatri bukan hanya untuk orang yang bermasalah mental ya. Jika anda mempunyai masalah emosi yang tidak mampu ditanggung anda harus berjumpa dengan pakar psikiatri. Mereka mungkin akan memberikan ubat sebagai satu cara untuk mengubat masalah tersebut.

6. Penyakit hipotiroid

Anda mungkin akan perasan terdapat kalenjar yang membesar di bahagian halkum anda. Kalenjar tiroid ini berfungsi untuk mengawal metabolisma anda. Apabila kalenjar ini tidak dapat menghasilkan hormon tiroid dengan cukup, metabolima badan akan menjadi bertambah perlahan. Menyebabkan anda bertambah berat badan dan bermacam-macam lagi simptom lain.

Jumpa dengan doktor dan mereka akan melakukan ujian darah untuk mengetahui kadar hormon tiroid anda.

7. Terlalu banyak kafein

Kafein membantu anda segar, dan meningkatkan kadar konsentrasi apabila anda mengambil dos yang tidak keterlaluan. Terlalu banyak kafein di dalam kopi akan menyebabkan kadar degupan jantung bertambah, tekanan darah meningkat dan ada kajian mengatakan terlalu banyak kafein akan menyebabkan anda menjadi lemah.

Secara perlahan-lahan turunkan kadar ketagihan anda terhadap kopi. Penurunan secara mendadak menyebabkan anda kembali ketagih dah menyebabkan anda bertambah lemah.

8. Penyakit Kencing Manis

Walaupun kadar di dalam gula tinggi dalam darah, disebabkan sel-sel tidak dapat menggunakan glukosa dengan baik. Tenaga tidak dapat dihasilkan. Akibatnya anda akan cepat mudah letih. Cuba tanya ibu atau ayah anda yang mengalami kencing manis dan tanya kepada mereka sama ada mereka mudah letih atau tidak. Semestinya mereka akan mengatakan ya.

Jika sudah mengalami kencing manis, solusinya adalah dengan mengawal pemakanan dan bersenam. Dengan menurunkan berat badan sebanyak 10%, risiko untuk mengalami diabetes akan berkurang secara separuh.

9. Penyakit Jantung

Segala simptom penyakit jantung sudah saya ulas dengan lebih mendalam. Secara ringkasnya, anda akan mengalami simptom mudah penat dalam melakukan kerja-kerja walaupun anda berjalan dalam jarak yang dekat.
Perubahan gaya hidup adalah cara terbaik untuk mengelakkan penyakit jantung.

10. Dehidrasi

Mudah lemah mungkin disebabkan anda kurang minum air. Sama ada anda melakukan senaman ataupun bekerja di atas meja, badan anda sangatlah memerlukan air. Apabila anda dahaga, itu bermakna anda dehidrasi.

Minum air kosong sekurang-kurangnya 2 liter sehari. Sekiranya anda ke gym, minum air setiap kali anda melakukan senaman. Apabila rasa dahaga sahaja, terus minum seteguk dua. Apabila anda minum banyak air, air kencing anda akan kelihatan lebih jernih dan terang.

Tips bertenaga di bulan puasa :)

Elakkan daripada tinggalkan sahur. Sabda Rasulullah saw, “Sahurlah kamu, kerana sahur itu terdapat berkat yang besar”. Pilih makanan yang berserat dan berprotein yang tinggi kerana sel-sel tubuh kita memerlukan gizi yang secukupnya untuk kekal bertenaga di waktu siang.

Jangan menangguh waktu berbuka. Ambil makanan yang mengandungi karbohidrat yang sederhana supaya dapat memberikan semula tenaga pada badan. Supplement B Complex perlu diamalkan bagi menukarkan karbohidrat kepada glukosa untuk penghasilan tenaga kepada tubuh badan.

Atur menu makanan. Utamakan 5 unsur gizi yang lengkap iaitu protein, lemak, karbohidrat, vitamin dan mineral. Ambil makanan yang tinggi serat yang lazimnya terdapat pada sayur dan buah.

Hindari minuman sejuk dan kandungan gula yang tinggi. Jangan minum air sejuk atau ais ketika berbuka kerana perut akan menjadi kembung akibat keadaan berasid di dalam perut yang 'terkejut' setelah seharian perut kosong. Sebaliknya biasakan berbuka dengan minuman suam dan air yang rendah kandungan gulanya. Berbukalah dengan kurma yang manis rasanya bagi menggantikan minuman manis.

Makan secara bertahap. Jangan terus makan sehingga kenyang ketika berbuka atau terus makan dalam hidangan yang besar kerana seharian perut kita kosong dan organ pencernaan berada dalam keadaan rehat.

Lakukan senaman ringan. Bersenam mampu melancarkan peredaran darah. Solat terawih adalah senaman yang bagus kerana gerakan rukuk dan sujud itu sendiri boleh membakar kalori.

Banyak minum air antara waktu selepas berbuka sehingga sahur. Minumlah sekurang-kurangnya 2 liter atau 8 gelas air di antara waktu berbuka sehingga bersahur bagi menggantikan kehilangan air ketika berpuasa di siang hari. 

Jangan terus tidur setelah bersahur. 
Tubuh badan kita memerlukan waktu untuk mencerna makanan dengan sempurna. Sehubungan dengan itu, elakkan daripada terus tidur selepas bersahur bagi memberi laluan kepada proses ini untuk berlaku. 

Selain itu, Wani juga mengamalkan ESP atau Energizing SoyProtein! Of course pemakanan yang mengandungi protein yang tinggi untuk lebih kekal bertenaga sepanjang berpuasa.

Performance Drink Shaklee juga merupakan minuman favourite ketika berpuasa







boleh sms/whatsapp saya  bagi sebarang pertanyaan mengenai shaklee

nur fazleen : 017-3429050

Sunday 20 April 2014

Penjagaan Jantung dengan Penjagaan Pemakanan.

Jantung merupakan salah satu organ yang amat penting terdapat dalarn tubuh kita. Tanpanya, sudah pasti kita semua tidak bernyawa. Justeru, untuk menjamin kesejahteraan dan kesihatan tubuh kita, amat wajar sekali perhatian sejak dan awal diberikan kepada jantung.


Seperkara perlu diingatkan, jantung kita akan terus berdenyut selagi hayat masih ada untuk mengepam darah yang mencukupi bagi kegunaan sel-sel tubuh. Namun disebabkan oleh gaya hidup yang tidak sihat, sebahagian besar daripada kita cenderung untuk mendapat serangan sakit jantung.

Salah satu cara untuk menjaga kesihatan jantung kita adalah menjaga permakanan kita. Antara makanan yang boleh diambil adalah seperti berikut :


1. Makanan Beroat






Semangkuk oat panas sebagai sarapan. Makanan ini kaya asid lemak omega-3, folat dan kalium. Selain itu,ia kaya dengan serat membantu menurunkan kadar kolesterol jahat LDL dan mencegah pembentukan plak di dinding arteri.

2. Salmon





Ikan yang kaya asid lemak omega-3 ini efektif menurunkan tekanan darah dan mencegah pembekuan darah. Makanlah dua keping salmon seminggu. Ia mengurangkan risiko meninggal akibat serangan jantung hingga 33 peratus.




3. Avocado

Menambah lemak sihat ke dalam diet anda. Makanan yang kaya lemak tunggal tidak tepu ini mampu menurunkan kadar kolesterol jahat LDL dan meningkatkan kadar kolesterol baik HDL dalam tubuh.

4. Minyak zaitun

 Minyak zaitun kaya akan lemak tunggal tidak tepu.Ia adalah pengganti baik bagi mentega.

5. Kekacang

 Kacang-kacang seperti walnut dan almond.

6. Berries



Blueberries, raspberries, strawberi dan jenis beri lainnya kaya anti radangan. Berfungsi mengurangi risiko penyakit jantung dan kanser.

7. Kacang peas

 Tambah pengambilan kacang peas, seperti kacang merah dan kacang hitam.

8. Bayam

Bayam kaya akan berbagai komponen sihat seperti lutein, folat, kalium dan serat.

9. Biji rami (linseed)

Biji rami kaya dengan serat dan omega-6.Pengambilan biji rami dicampurkan dengan oatmeal.

10.  Kacang Soya

 Kacang soya membantu menurunkan kadar kolesterol kerana rendah lemak.

Shaklee juga menyediakan supplement untuk penjagaan jantung anda.



CoQHealth™ Plus mengandungi kesemua proprietari semulajadi daripada campuran 28mg CoQ10 dengan Vitamin E dan ekstrak Teh Hijau yang didatangkan dalam kapsul bioketersediaan minyak kacang soya bagi memastikan potensi penguraian maksimum dan penyerapan lebih baik.

CoQ10 dapat membantu:

• Menyokong penghasilan tenaga bagi jantung
• Menggalak dan melindungi arteri sihat terhadap pengoksidaan LDL
• Meningkatkan peredaran darah
• Membantu menambah dan mengekalkan paras CoQ10 di dalam darah


Penjagaan Buah Pinggang

Tahukah anda bahawa 5 dari setiap 100 orang akan menghidap batu buah pinggang di dalam kehidupan mereka. Keadaan ini akan menyebabkan kemungkinan mereka untuk mempunyai penyakit buah pinggang kronik.Kesihatan buah pinggang adalah amat penting kepada kesihatan kita secara menyeluruh dan juga kepada panjang umur kehidupan kita.



Buah pinggang adalah satu organ berbentuk seperti kacang yang terletak di salah satu sisi belakang sebelah bawah, betul-betul di bawah tulang rusuk. Fungsi buah pinggang di dalam badan adalah untuk mengeluarkan bahan buangan daripada darah dan juga mengawal jumlah cecair di dalam badan.

Apabila buah pinggang anda mempunyai terlalu banyak toksin, penyakit buah pinggang dan pundi kencing boleh berlaku kerana anda tidak mampu untuk mengeluarkan bahan buangan dan juga urin dari badan anda. Mereka yang paling berisiko mempunyai penyakit buah pinggang kronik ialah mereka yang mempunyai penyakit kencing manis, tekanan darah tinggi atau sejarah keluarga yang pernah mempunyai penyakit buah pinggang. Berbanding perempuan, lelaki biasanya lebih berisiko mempunyai penyakit buah pinggang. Namun ini tidak bermakna yang kaum perempuan boleh mengabaikan penjagaan buah pinggang yang betul. Di bawah ini adalah tanda-tanda dan gejala menunjukkan buah pinggang anda mungkin bermasalah:


  • Perlu lebih kerap membuang air kencing atau bermasalah untuk mengawal pembuangan air kencing.
  • Rasa sakit di bahagian bawah belakang.
  • Rasa sakit atau rasa seperti terbakar ketika membuang air kencing.
  • Edema (bengkak air) di dalam paru-paru, kaki, abdomen dan lain-lain.
  • Bengkak di seluruh muka, mata, kaki, dan buku lali.
  • Darah di dalam air kencing
  • Protin di dalam air kencing


Sekiranya buah pinggang anda berfungsi secara normal, ia tidak memerlukan penjagaan yang khusus. Diet yang seimbang dan sihat serta pengambilan air yang cukup sudah memadai untuk menjaga buah pinggang anda terus kekal sihat. Walaubagaimanapun, sekiranya anda menyedari yang anda mempunyai tanda-tanda di atas, maka anda perlu menggunakan tip di bawah untuk menjaga buah pinggang anda dengan baik:

Perhatikan tekanan darah dan gula darah anda.

Ini kerana dua punca utama penyakit buah pinggang ialah disebabkan penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi. Dari semasa ke semasa, jumlah glukosa yang berlebihan di dalam darah akan merosakkan berjuta-juta unit penapisan kecil di dalam setiap buah pinggang. Kira-kira 20 hingga 30 peratus pesakit kencing manis akan mempunyai penyakit buah pinggang(nefropati diabetis) dan jumlah ini akan terus meningkat dengan meningkatnya pesakit kencing manis. Tekanan darah tinggi pula boleh merosakkan saluran darah kecil yang terdapat di dalam buah pinggang. Saluran-saluran darah yang telah rosak tidak dapat menapis bahan buangan daripada darah seperti yang sepatutnya. Yang paling utama untuk menjaga kesihatan buah pinggang ialah dengan memastikan tekanan darah dan juga gula darah berada pada tahap sehampir normal yang mungkin.

Amalkan pemakanan yang seimbang.

Kunci kepada diet buah pinggang yang sihat ialah dengan meningkatkan pengambilan makanan yang berasaskan tumbuhan di samping mengurangkan pengambilan makanan yang ditapis dan berminyak(goreng). Diet berasaskan tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan akan membolehkan sistem badan dineutralkan melalui buah pinggang, dapat menurunkan tekanan darah dan akan menyumbang kepada kesihatan yang baik. Sederhanakan pengambilan kacang tanah, germa gandum, bayam, kacang soya, coklat dan keledek kerana makanan begini kaya dengan kandungan oxalate yang boleh menyebabkan batu karang.

Kurangkan juga pengambilan daging.

Diet yang mengandungi tinggi protin haiwan akan mempengaruhi pembentukan batu kalsium. Daging menghasilkan asid urik selepas ia diproses oleh badan. Urik asid merupakan masalah asas dalam pembentukan batu asid urik dan juga penyakit gout.

Minum air.

Satu lagi aspek utama untuk kesihatan buah pinggang ialah pengambilan air yang mencukupi. Air membantu buah pinggang anda untuk mengepam keluar toksin dan menghalang kejadian batu karang dan jangkitan. Jangan meminum air dalam jumlah yang banyak sekaligus, yang sebaiknya ialah minum air dalam jumlah yang sedikit sepanjang hari.

Elakkan dari tabiat merokok.

Jika anda  seorang perokok, anda mesti cuba sedaya upaya dari sekarang untuk berhenti dari tabiat tersebut. Merokok bukan sahaja akan meningkatkan risiko penyakit buah pinggang, tetapi ia juga menyumbang kepada kematian akibat strok dan serangan jantung pada mereka yang mempunyai penyakit buah pinggang kronik.

Kurangkan kafein.

Kafein akan bertindak sebagai deuritik yang akan menyebabkan badan kehilangan cecair berlebihan. Akibat dari proses ternyahidrat, buah pinggang anda terpaksa bekerja keras untuk mengepam cecair dan toksin yang akan mengakibatkan tekanan yang berlebihan.

Hidup dengan lebih aktif.

Senaman fizikal merupakan elemen yang penting untuk penjagaan kesihatan buah pinggang yang optimum.Sentiasa aktif adalah baik untuk kesihatan buah pinggang dan juga untuk kesihatan anda secara menyeluruh. Walaubagaimanapun, sekiranya anda sudah mempunyai masalah buah pinggang, elakkan dari melakukan aktiviti senaman yang lasak dan berat. Melakukan aktiviti seperti berjalan laju, berjogging atau berkebun sangat baik untuk merangsang metabolisme anda.

Oleh itu, berikanlah yang terbaik untuk kesihatan buah pinggang anda dengan mengikuti saranan tip penjagaan kesihatan buah pinggang di atas. Walaupun tip ini terutamanya adalah untuk  yang ingin menjaga buah pinggang mereka, ia juga boleh memberikan manfaat kepada sesiapa yang mementingkan kehidupan yang sihat.

Sumber artikel: http://goo.gl/IvQM6

Monday 24 March 2014

Kenapa Perlu ambil Vitalea Shaklee??


Badan selalu rasa letih, lesu, tengahari mesti nak tidur. Kalau  nak segar mata kena minum kopi. Kadangkala rasa hampir pitam, terutamanya ibu hamil, mereka yang mempunyai masalah  hb rendah, ataupun tekanan di tempat kerja.
Saya sarankan supaya anda semua amat perlukan multivitamin untuk badan anda dan saya sarankan bahawa anda semua perlu mengambil dan mengamalkan  Vitalea Shaklee.n Kenapa Vitalea Shaklee??

Kerana;

Badan anda tidak cukup tenaga
Badan anda kurang nutrisi
Anda tidak mengamalkan permakanan yang sihat
Anda tidak mengamalkan gaya hidup yang sihat
Oleh itu pengambilan  Vitalea Shaklee iaitu multivitamin terbaik dunia amat perlu kerana;

Vitalea Shaklee merupakan:

1) Penambahan tenaga segera - pemberi tenaga, kecergasan tubuh & kekuatan mental, sekaligus membantu sistem memori dan fokus dalam aspek kerjaya, pembelajaran mahu pun kerja seharian.

2) Pelengkap nutrisi - kekurangan pelbagai vitamin & mineral penting akibat amalan diet yang tidak seimbang, atau bahan mentah yang telah hilang khasiatnya semasa proses memasak/mengangkut/menyimpan dan lain-lain.
3) Metabolisme - sangat membantu dalam stimulasi metabolisme dan melambatkan proses penuaan.

4) Elemen penting pada sel tubuh - menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses tumbesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku, dan hormon serta menjaga kesihatan tirioid.

5) Melindungi organ - melindungi fungsi buah pinggang, jantung & hati.

6) Keupayaan sistem reproduktif - kesuburan tubuh.





Setelah baca kesemua ini..adakah anda berminat untuk mendapatkan Vitalea Shaklee hari ini??


Jika ya..sila sms/whatsapp kepada saya 017-3429050

Monday 17 March 2014

PENDARAHAN KETIKA HAMIL



PENDARAHAN SEMASA MENGANDUNG 

Banyak  punca pendarahan semasa mengandung. Kalau diikutkan kedudukananatomi, pendarahan mungkin dari luaran faraj iaitu pada vulva, faraj,pangkal rahim dan mungkin juga dari komplikasi mengandung.
Kadangkala, pendarahan berlaku dari buasir yang terjadi ketikamengandung. Pendarahan yang sedikit lazimnya akan berhenti dengansendiri.
Ada jenis pendarahan, bergantung kepada puncanya, boleh memudaratkankandungan. Namun, tidak kira jumlah pendarahan, puan patut bergegasberjumpa dengan doktor untuk penelitian segera.

PENDARAHAN PERINGKAT AWAL KANDUNGAN

Pendarahan yang dimaksudkan ini berlaku pada dan sebelum kandunganberusia 12 minggu. Pendarahan juga boleh berlaku pada pangkal rahimselepas hubungan kelamin.

Jangkitan pada pangkal rahim juga boleh berdarah. Sekiranya  mengandung dan berdarah melalui faraj, doktor mungkin akan melakukan pemeriksaan menggunakan alat spekulum untuk meneliti bahagian-bahagian dalaman yang boleh berdarah dan selepas itu, mungkin pemeriksaan dilakukan untuk memastikan yang pangkal rahim tidak terbuka.

Ada juga doktor yang memeriksa pangkal rahim dengan menggunakan kaedah ultrasound.
Sekiranya pendarahan berlaku dan memang disahkan mengandung,perhatian lebih perlu diberikan kerana berisiko tinggi untukmengalami kelahiran pramatang, kemungkinan anak yang kecil dari biasa dan juga mungkin keguguran.

Di sesetengah hospital termaju, ukuran darah ‘human chorionicgonadotropin’ dijalankan untuk mengetahui status tumbesaran janin.Penting sekali semasa pendarahan, faktor rhesus darah bukannya negatif.
Jika rhesus negatif, bermakna tindak balas telah berlaku dan perlu dirawat supaya komplikasi tidak berlaku terhadap kandungan pada masa hadapan.


KEGUGURAN

Pendarahan tidak semestinya diikuti dengan keguguran. Walaubagaimanapun, doktor akan melakukan pemeriksaan ultrasound untuk penentuan kesihatan janin.
Keguguran lazimnya berlaku sebelum 13 minggu kandungan. Antara tanda-tanda awal kemungkinan keguguran akan berlaku termasuk:
* Pendarahan melalui faraj
* Kekejangan yang dirasakan di bahagian bawah berhampiran dengankawasan pundi kencing, lazimnya, kekejangan ini dirasai lebih sakitdari senggugut.
* Keluarnya tisu-tisu ataupun ketulan darah melalui faraj.

Kadangkala, kandungan mungkin masih awal dan puan mengalamikeguguran dan tisu yang keluar dihantar ke makmal untuk pengesahan tisu janin.

Di sini kehadiran vili korionik akan diperhatikan. Pemeriksaanultrasound juga dilakukan supaya tidak berlakunya ketinggalan tisu didalam rahim.

Sekiranya disahkan mengandung melalui ujian air kencing,maklumkan kepada doktor untuk mengemaskinikan rekod kesihatan.

Kebanyakan keguguran tidak dapat dibantu dan dielakkan. Namun, tiada bukti saintifik meyakinkan yang hubungan kelamin dan juga bersenam  menyebabkan keguguran.

Pekerjaan dan ketegangan akibat kerja juga tidak menyebabkankeguguran. Sekali keguguran tidak semestinya kandungan berikutnya akanberakhir sama dengan pengalaman pertama.

Keguguran juga tidak mencerminkan yang kesihatan  tergugat. Cuma sekiranya keguguran berlaku dua kali berturut-turut, doktor mungkin akan mencadangkan ujian-ujian serta pemeriksaan kesihatan lanjut supayakeguguran kali ketiga (berturutan) tidak berlaku.


MENGANDUNG DI LUAR RAHIM

Kebarangkalian mengandung di luar rahim adalah kecil berbanding dengan keguguran. Mengandung di luar rahim merupakan satu kegawatan perubatan disebabkan pendarahan dalaman yang berlaku dan boleh  mengakibatkan kesakitan, kelesuan serta kematian.

Itulah sebabnya penting sekali sekiranya melakukan hubungan  kelamin, dan tidak pula mempraktiskan kontraseptif, menjalani ujian airkencing mengandung apabila darah bulanan tidak datang mengikut sepatutnya.

Berisiko tinggi untuk mengandung di luar rahim sekiranya:
*  pernah dirawat untuk jangkitan di kawasan pinggul.
* Pernah mengalami mengandung di luar rahim.
* Pernah menjalani pembedahan tiub falopian.

PENDARAHAN PENGHUJUNG TEMPOH MENGANDUNG

Penyebab pendarahan pada trimester terakhir mengandung berbeza dengan tempoh awal mengandung.
Pendarahan yang sedikit mungkin disebabkan oleh keradangan pangkal rahim dan juga mungkin oleh ketumbuhan kecil pada pangkal rahim.Lazimnya pendarahan yang banyak ada kaitan dengan uri.
Dua keadaan di mana uri berdarah adalah apabila uri terpisah dari dinding rahim dipanggil placental abruption dan uri yang berada dibawah, iaitu di bahagian segmen bawah rahim dan dipanggil placentapraevia.


Kesakitan dan juga kontraksi pramatang boleh membawa kepada pendarahan. Pendarahan yang berlaku pada tempoh terakhir kehamilan ini memudaratkan kesihatan janin dan mungkin kelahiran awal disyorkan.

PLACENTAL ABRUPTION

Uri secara amnya melekat di dinding rahim, sebagaimana  stem ditampal di dinding belon. Uri mungkin terpisah dari dinding rahim pada waktunya atau sebelum sakit bersalin.
Terpisahnya uri menyebabkan kesakitan dan rahim terus berkontraksi tanpa rehat diantaranya, menyebabkan rahim dirasai seperti dinding batu.
Pendarahan mungkin tersembunyi di belakang uri, keluar mencurah, atau mungkin juga kombinasi kedua-duanya.
Nyawa janin tergugat apabila uri tercabut kerana janin akan mengalami kekurangan bekalan oksigen dan kemungkinan kematian berlaku sekiranya tidak dilahirkan dengan segera.
Kejadian uri tercabut biasanya berlaku pada 12 minggu terakhir kandungan. Mereka yang berisiko tinggi adalah:
* Mereka yang sudah mempunyai anak.
* Berumur melebihi 35 tahun.
* Pernah mengalami kejadian uri tercabut pada kandungan sebelum ini.
* Darah tinggi.
* Trauma pada abdomen, seperti jatuh, ditumbuk, ditendang, mengurut perut oleh mereka yang bukan terlatih.
* Ibu-ibu yang merokok.
* Ibu-ibu yang menyalahgunakan dadah terutamanya dadah jenis kokain.


PLACENTA PRAEVIA
Uri yang kedudukannya pada segmen bawahan rahim, kehadiran uri dibawah menghalang mekanisme pergerakan janin untuk proses kelahiran.
Lazimnya pendarahan akibat uri yang kedudukannya di bawah tidak menyakitkan. Ibu-ibu yang berisiko tinggi termasuklah:
* Mereka yang pernah mengandung dan melahirkan anak.
* Pernah menjalani kelahiran secara pembedahan caesarean.
* Sejarah pembedahan pada rahim.
* Pada kandungan sekarang, kandungannya kembar ataupun lebih dari dua.
Seperti  juga uri yang terlucut, pendarahan uri yang kedudukannya dibawah  juga satu keadaan kecemasan obstetrik dan janin perlu dilahirkan segera.


TANDA-TANDA AKAN BERSALIN
Pada tempoh terakhir mengandung, akan mengalami kontraksi danlama kelamaan akan diikuti dengan kesakitan yang berlaku selepas setiap kontraksi.
Pangkal rahim akan terbuka, dan darah serta mukus yang seolah- olah sebagai baji di pangkal rahim terkeluar melalui faraj.
Ini petanda yang sedang mengalami proses untuk bersalin. Kehadiran darah serta mukus ini dipanggil sebagai ‘tanda-tanda’.
Kejadian ini dikira normal sekiranya ia berlaku dalam masa tiga minggu sebelum tarikh kelahiran yang diramalkan.


Sekiranya ‘tanda-tanda’ ini berlaku sebelum tempoh tiga minggu tersebut,  mungkin mengalami kontraksi pra matang.
Dalam kedua-dua keadaan tersebut, harus bergegas berjumpa doktor untuk mendapat pemeriksaan lanjutan.
Tanda-tanda yangmemungkinkan kelahiran pra matang adalah seperti:
* Discaj dari faraj makin banyak.
* Perubahan sifat discaj tersebut dari berair ke bermukus dan kemudiannya berdarah.
* Rasa penekanan yang bertambah pada tulang pinggul dan juga pada bahagian bawah abdomen.
* Sakit belakang menjadi-jadi.
* Kekejangan otot-otot abdomen, mungkin juga dengan kekerapan membuang air besar.
* Bertambahnya frekuensi kontraksi rahim serta intensitinya,lazimnya makin kerap dalam tiga kontraksi setiap 15 minit dan meningkat.
Pendarahan melalui faraj jangan dipandang ringan, lebih-lebih lagi sekiranya pendarahan ini berlaku pada penghujung tempoh kandungan.
Mungkin terpaksa dimasukkan ke wad perbidanan, darah diambil secara berkala untuk pemeriksaan hemoglobin, pemeriksaan ultrasound,kemungkinan terpaksa menjalani pemindahan darah, pemeriksaan degupan jantung janin dan sebagainya, bergantung kepada situasi semasa ,kandungan serta keselamatan janin.

Thursday 13 March 2014

Jerebu, masalah pernafasan dan Shaklee




Jerebu sering berlaku apabila debu dan asap zarah berkumpul di udara yang agak kering. Apabila keadaan cuaca menghalang penyebaran asap dan bahan cemar lain, ia memekat dan membentuk tabir rendah yang biasanya tergantung rendah yang menjejaskan penglihatan dan mungkin menjadi ancaman kesihatan pernafasan. Pencemaran industri pula boleh menyebabkan jerebu tebal, yang dikenali sebagai asbut.


Jerebu boleh menyebabkan masalah kesihatan terutamanya kepada:

•          Kanak-kanak
•          Orang tua
•          Pesakit lelah dan penyakit pernafasan lain
•          Perokok

Antara gejala akibat pendedahan kepada jerebu ialah:

•          Iritasi kerongkong dan batuk-batuk
•          Kesukaran bernafas atau hidung tersumbat
•          Iritasi di mata serta mata yang merah
•          Kulit terasa gatal

Antara perkara yang boleh dilakukan untuk mengelak masalah-masalah di atas ialah:

•          Jangan keluar rumah serta tutup semua pintu dan tingkap
•          Pakai topeng muka yang mempunyai penuras jika terpaksa keluar
•          Kurangkan pengunaan kenderaan terutama motosikal
•          Sentiasa basuh bahagian yang terdedah; mandi
•          Selalu minum air
•          Sediakan ubat jika anda mempunyai penyakit pernafasan

Antara Alternatif yang dicadangkan sebagai merawat sekiranya mengalami masalah pernafasan  adalah:

Performance Drink – membantu Mengalakkan bendalir dalam badan
Omega Guard – Anti radang yang amat sesuai untuk mengatasi masalah  paru-paru dan alahan, sesuai untuk mereka yang menghidap athma dan pernafasan

Vitamin C – Mengalakkan penghasilan imun badan secara semulajadi

Mealshake- Multivitamin dalam bentuk serbuk, sesuai sebagai immune booster terutama kepada kanak-kanak (1 tahun ke atas)

Nutriferon – Immune booster untuk mengaktifkan interferon dalam badan sekaligus menguatkan system imuniti badan.

Sila hubungi saya melalui
Sms/whatsapp : 017-3429050